GARIS PANDUAN

Panduan Penghantaran Artikel:

Skop
Artikel yang dimuatkan dalam jurnal ini tertumpu pada penulisan dan kajian yang berkaitan dengan skop kaunseling islam sama ada dari segi psikologi Islam, teori dan model, pendekatan, kemahiran, intervensi psikospiritual, etika, perkhidmatan dan lain-lain yang bersesuaian.

Maklumat Penyumbang
Maklumat penulis meliputi:
1. Judul.
2. Nama penuh penyumbang.
3. Alamat penyumbang.
4. Maklumat institusi.
5. E-mel untuk dihubungi.

Abstrak
1. Jumlah perkataan adalah antara 150 – 250 patah perkataan.
2. Abstrak ini mengandungi tujuan kajian, metodologi yang digunakan, data, analisis, dapatan dan kesimpulan ringkas.
3. Abstrak mesti ditulis dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris berserta kata kunci tidak melebihi 4-5 patah perkataan

Teks
1. Artikel boleh ditulis dalam bahasa Malaysia, Inggeris dan Indonesia serta belum pernah diterbitkan dalam mana-mana penerbitan.
2. Jumlah perkataan dalam makalah antara 4000-6000 patah perkataan tidak termasuk abstrak, nota hujung, rujukan, lampiran, dan bibliografi.
3. Judul artikel disertakan dalam teks penuh berserta abstrak pada halaman pertama teks.
4. Teks artikel menggunakan fon Times New Roman 12 poin dengan langkau 2.
5. Penulis bertanggungjawab memastikan penggunaan bahasa yang baik dan betul. Sidang Editor berhak menolak artikel yang mengandungi banyak kesalahan tatabahasa.

Rujukan
1. Susunan mengikut gaya APA.
2. Rujukan daripada bahan atau sumber yang berwibawa.
3. Rujukan yang diberikan lengkap maklumatnya, dan ada rujukan terkini.
4. Setiap rujukan yang ada di dalam teks mesti ada dinyatakan dalam senarai Rujukan di belakang artikel.

Hak Cipta
1. Penulis bertanggungjawab untuk memastikan karyanya tidak melanggar mana-mana hak cipta.
2. Editor dan penerbit tidak bertanggungjawab terhadap sebarang perlanggaran hak oleh penulis.
3. Penulis juga perlu memperoleh izin untuk mengulang atau mengubah sebarang bahan yang dilindungi oleh hak cipta dengan melampirkan surat izin bersama-sama versi suntingan terakhir manuskrip yang telah diterima.

Penghantaran Artikel
Penghantaran artikel hendaklah dibuat hanya melalui e-mel dan hantarkan kepada:
paksi.org@gmail.com