UTAMA

Jurnal PAKSI merupakan jurnal online antarabangsa yang diterbitkan oleh Persatuan Kaunseling Syarie. Tujuan utama penerbitan adalah untuk menggalakkan penulisan dalam bidang kaunseling Islam di samping psikologi dan psikospiritual Islam. Ia juga boleh dijadikan wadah rujukan kepada sarjana, penyelidik dan pengamal kaunseling Islam di pelbagai peringkat. Kami mengalu-alukan sebarang bentuk penulisan sama ada dalam bentuk kajian, kertas konsep, kajian kes dan seumpamanya. Penulisan boleh dilakukan dalam bahasa Malaysia, Inggeris dan Indonesia.

Artikel yang ditulis dalam Jurnal PAKSI lingkungan 4,000 ke 6,000 patah perkataan tidak termasuk jadual, rajah dan rujukan. Artikel boleh ditulis mengikut tema-tema yang berkaitan dengan kaunseling Islam sama ada dari segi psikologi Islam, teori dan model, pendekatan, kemahiran, intervensi psikospiritual, etika, perkhidmatan dan lain-lain yang bersesuaian. Inovasi dan pendekatan baru dalam kaunseling Islam juga sangat dialu-alukan.